Ejaan ‘Tose’ Dalam BM Undang Perdebatan Di Kalangan Netizen, Cikgu Ini Beri Penjelasan…

Politics
18 Oct 2022 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah memuat naik posting menunjukkan beliau telah meluangkan masa mencuba untuk memasak masakan tradisional masyarakat India di program Moh Ngeteh di Bera, Pahang.

Namun begitu, ejaan ‘tose’ yang digunakan oleh Bernama ketika melaporkan tentang lawatan ini telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizen pelik dan menganggap ada kesalahan ekoran tak menggunakan ejaan biasa yang digunakan ramai iaitu ‘tosai’.

Ekoran ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menjelaskan melalui Twitter rasminya bahawa ejaan bahasa Melayu bagi makanan tradisional kaum India ini adalah ‘tose’ dan bukannya ‘tosai’ seperti tanggapan ramai.

Penjelasan dari DBP ini telah mengundang perdebatan di kalangan netizen rata-ratanya dari kaum India yang merasakan ejaan ini telah ditukar dengan sengaja ekoran dorongan politik. Eh takkan sampai macam tu?

image is not available

Namun begitu, seorang guru telah menjelaskan bahawa ejaan yang digunakan oleh DBP ini telah diselaraskan mengikut ortografi bahasa Melayu dan bukan bahasa lain atau bahasa pasar.

Malah guru ini turut kongsikan beberapa guru yang telah memberitahu mengenai ejaan sebenar tose ini sejak tahun 2020 dan bukan baru ditukar DBP seperti yang dianggap oleh orang ramai.

Jelasnya lagi, sistem ejaan juga berubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian peradaban.

Sistem ejaan akan berubah dari semasa ke semasa sesuai dengan peradaban. Kita boleh lihat zaman 50an,60an,70an dulu bagaimana ejaan pada masa tersebut memang ikut bulat2 apa yang kita sebutkan seperti “chakap” “usek” “untong” “tidor” “batok” dan ada banyak lagi.”

Sebenarnya ramai yang marah sebab dah terbiasa guna ejaan yang salah dalam bahasa Melayu, jadi bila ada yang guna ejaan betul kita pulak rasa benda tu salah. Tak kisahlah bahasa apa pun yang kita guna, kita kenalah biasakan yang betul.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.