Ejen Hartanah T*kam Wanita Dalam Kereta Sudah Direman

18 May 2026 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

tikam wanita dalam kereta ejen hartanah

Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah di lokap Mahkamah Alor Setar dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 32 tahun yang merupakan ejen hartanah itu tiba pada jam 8.20 pagi dengan berpakaian baju lokap sambil diiringi anggota polis.

Screenshot 2026 05 18 104423

Wanita cedera dileher akibat ditikam

Terdahulu, seorang wanita berusia 35 tahun cedera di leher kanannya dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam tadi selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.

Suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi.

Sementara itu, mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di leher kanan

Menurut polis, pihaknya masih menyiasat motif kejadian serta hubungan sebenar antara mangsa dan suspek. Pada masa sama, pihaknya juga sedang mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.