Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus suku kedua

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus suku kedua

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bertumbuh sebanyak enam peratus pada suku tahun kedua 2026, daripada 5.4 peratus pada suku tahun pertama.

Prestasi itu juga lebih baik berbanding pertumbuhan 4.4 peratus yang dicapai pada suku sama tahun 2025.

Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, pertumbuhan didorong oleh pertumbuhan eksport yang mampan terutamanya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta minyak dan gas, perbelanjaan isi rumah yang stabil, dan aktiviti pelaburan berterusan.

“Eksport bersih bertumbuh 168.5 peratus berbanding 13.5 peratus pada suku tahun sebelumnya, didorong permintaan E&E yang kukuh di tengah-tengah pengembangan teknologi global,” katanya pada sidang akhbar prestasi ekonomi suku kedua tahun 2026 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini.

Sementara itu, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, perbelanjaan isi rumah terus menjadi peneraju pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil.

“Dengan pertumbuhan KDNK Malaysia pada 5.7 peratus pada separuh tahun pertama, pertumbuhan untuk setahun penuh 2026 dijangka sekitar lima peratus.

“Inflasi keseluruhan diunjurkan kekal sederhana dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus tahun ini.

“Keadaan dan asas negara yang kukuh, langkah dasar, serta perniagaan yang dinamik akan terus menjadi penampan untuk ekonomi Malaysia daripada kejutan luaran dalam suasna ketidaktentuan global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus suku kedua appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved