KDNK Malaysia melonjak enam peratus, catat prestasi kukuh

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 6:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KDNK Malaysia melonjak enam peratus, catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Kadar pertumbuhan angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara melonjak pada enam peratus pada suku kedua 2026, mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata KDNK negara melonjak meskipun ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan global dan pergolakan di Asia Barat.

“Kekuatan ini dimungkinkan oleh ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memastikan kehidupan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk oleh tempias inflasi dunia rentetan krisis di Asia Barat.

“Selain bantuan seperti BUDI MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak yang telah diusahakan Kerajaan MADANI di sebalik tabir untuk mengawal harga serta memastikan bekalan terus mencukupi,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Image from: KDNK Malaysia melonjak enam peratus, catat prestasi kukuh
Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar bagaimanapun berkata masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI untuk memastikan bukan sahaja momentum pertumbuhan itu kekal lestari, tetapi kekayaan dan kemajuan negara dapat dikecapi bersama oleh seluruh rakyat melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan kekal pada landasan reformasi untuk mengangkat darjat rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi tanah air yang tercinta,” kata Anwar.

Image from: KDNK Malaysia melonjak enam peratus, catat prestasi kukuh
Foto Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved