Eksport Malaysia naik RM75.9 bilion pada September 2026 dipacu Pulau Pinang, Johor dan Selangor - DOSM

LocalBusiness & Finance
28 Oct 2026 • 3:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Eksport Malaysia naik RM75.9 bilion pada September 2026 dipacu Pulau Pinang, Johor dan Selangor - DOSM Image from: Eksport Malaysia naik RM75.9 bilion pada September 2026 dipacu Pulau Pinang, Johor dan Selangor - DOSM liza28/10/2026 - 15:59 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Okt – Pulau Pinang kekal sebagai negeri penyumbang eksport terbesar Malaysia apabila mencatatkan 52.6% daripada jumlah eksport negara pada September 2026, diikuti Johor dan Selangor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Dalam laporan Statistik Eksport dan Import Mengikut Negeri bagi September 2026 yang diterbitkan hari ini, DOSM berkata jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM396.5 bilion, merangkumi eksport sebanyak RM215.1 bilion dan import RM181.4 bilion.

 

Johor merupakan penyumbang eksport kedua terbesar dengan 17.5%, diikuti Selangor sebanyak 11.7%, Sarawak (5.3%) dan Kuala Lumpur (3.3%).

 

DOSM berkata eksport Malaysia meningkat RM75.9 bilion atau 54.5% kepada RM215.1 bilion pada September 2026 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

 

“Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh Pulau Pinang yang mencatatkan kenaikan eksport sebanyak RM55.5 bilion, diikuti Johor sebanyak RM10.2 bilion dan Selangor (RM4.1 bilion).

 

“Negeri lain yang turut merekodkan peningkatan eksport ialah Sarawak sebanyak RM3.5 bilion, Kuala Lumpur (RM2.1 bilion) dan Negeri Sembilan sebanyak RM707.7 juta.

 

“Eksport turut meningkat di Perak sebanyak RM641.8 juta, Pahang (RM297.7 juta), Labuan (RM133.1 juta), Kedah (RM73.5 juta) dan Kelantan (RM61.2 juta),” katanya.

 

Bagaimanapun, eksport menurun di Sabah sebanyak RM459.1 juta, Terengganu (RM383.3 juta), Melaka (RM91.7 juta) dan Perlis (RM20.1 juta).

 

Import meningkat RM62.6 bilion

Sementara itu, import Malaysia meningkat RM62.6 bilion atau 52.7% pada September 2026 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

 

Pulau Pinang mencatatkan peningkatan import terbesar sebanyak RM37.2 bilion, diikuti Johor dengan RM15.2 bilion dan Selangor sebanyak RM5.6 bilion.

 

Peningkatan import turut direkodkan di Kedah sebanyak RM2.1 bilion, Perak (RM870.4 juta), Pahang (RM574.1 juta), Sarawak (RM521.4 juta) dan Negeri Sembilan (RM374.9 juta).

 

Negeri lain yang mencatatkan peningkatan import ialah Melaka sebanyak RM134 juta, Terengganu (RM101.4 juta), Kuala Lumpur (RM85.8 juta), Sabah (RM39.1 juta), Kelantan (RM16.3 juta) dan Labuan (RM14.3 juta). - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved