El Clasico: Barca cemas tewas kali kedua berturut-turut

Football
27 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: El Clasico: Barca cemas tewas kali kedua berturut-turut

BARCELONA – Hasrat Barcelona untuk melakukan kebangkitan tidak tertunai apabila terpaksa akur tewas 1-2 kepada musuh tradisi, Real Madrid pada aksi La Liga yang berlangsung di Camp Nou awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Kylian Mbappe meranapkan impian The Catalans untuk mengekalkan aksi tanpa kalah dalam saingan liga musim ini manakala gol saguhati pasukan tuan rumah dijaringkan Raphinha.

Jurulatih Barcelona, Hansi Flick menyuarakan rasa kecewa dengan keputusan itu memandangkan mereka turut tewas 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu.

“Dua kekalahan berturut-turut untuk kami dan sudah pasti saya tidak gembira. Secara jujur, kami menampilkan aksi bawah paras sebenar di separuh masa pertama tetapi ia dapat diperbaiki selepas waktu rehat.

“Bagi saya, kami bermain dalam keadaan kurang cergas dan terpaksa akur dengan kekalahan ini. Menang dan kalah merupakan adat dalam bola sepak, tetapi kami perlu menunjukkan respons dengan kadar segera,” katanya.

Bekas pengendali Bayern Munich itu menaruh sepenuh keyakinan kekalahan tersebut tidak akan menjejaskan moral pemain-pemain, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk menampilkan aksi lebih baik.

“Walaupun kalah, tetapi ia tidak menimbulkan keraguan tentang kemampuan kami. Memang benar kami gagal bermain dengan baik hari ini (semalam) tetapi pemain-pemain tahu apa perlu dilakukan nanti,” ujar Flick. – AGENSI

The post El Clasico: Barca cemas tewas kali kedua berturut-turut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved