El Clasico: Mourinho belum terlalu gembira

FootballSports
27 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: El Clasico: Mourinho belum terlalu gembira

BARCELONA – Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Barcelona pada aksi La Liga di Camp Nou awal pagi semalam masih belum membawa sebarang makna kepada pasukan itu.

Walaupun gembira meraih tiga mata, namun pengendali dari Portugal itu menegaskan, fokus utama mereka bukan sekadar untuk menewaskan Barcelona, tetapi adalah kembali merampas gelaran La Liga.

Mourinho berkata, pemain-pemain Los Blancos perlu mengekalkan rentak kemenangan dan tidak boleh mengamalkan aksi ‘yo-yo’ sekiranya mahu membawa pasukan berada di kedudukan teratas liga.

“Satu perlawanan yang sangat hebat di mana kedua-dua pasukan berjuang untuk mencatat kemenangan. Bagi pasukan saya, kami bermain sangat baik dengan semua pemain bekerja keras hingga tamat perlawanan.

“Bagaimanapun, Real Madrid bukannya bermain semata-mata untuk menang di Camp Nou kerana sasaran kami adalah memenangi liga. Jadi, tidak ada guna jika menang hari ini (semalam) dan kalah pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan itu, Real memastikan mereka membawa pulang tiga mata penuh menerusi dua jaringan yang dilakukan penyerang, Kylian Mbappe manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Raphinha.

Walaupun menang ke atas Barcelona, namun Real masih berada tiga mata di belakang peneraju takhta liga itu selain menghuni tangga ketiga di belakang musuh setempat, Atletico Madrid.

“Jika kami dibezakan dengan sembilan mata, ia akan menjadi cabaran yang sangat sukar tetapi sekarang perbezaannya hanya tiga mata. Oleh itu, ia meletakkan kami dalam posisi yang sangat baik,” ujar Mourinho. – AGENSI

 

The post El Clasico: Mourinho belum terlalu gembira appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved