Mbappe wira Real benam Barcelona

FootballSports
27 Oct 2026 • 9:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mbappe wira Real benam Barcelona

BARCELONA: Kylian Mbappe meledak dua gol untuk membantu Real Madrid mencatat kemenangan 2-1 ke atas pendahulu La Liga, Barcelona, dalam aksi El Clasico di Camp Nou, semalam.

Kapten Perancis itu membuka jaringan sebelum rehat dan menyempurnakan gol keduanya pada penghujung perlawanan untuk menghadiahkan kekalahan domestik pertama Barcelona musim ini.

Real Madrid kekal di tangga ketiga, di belakang Atletico Madrid dan Barcelona kendalian Hansi Flick, yang memenangi sembilan perlawanan pertama mereka sebelum berdepan minggu yang mengecewakan.

Kelab Catalan itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu.

Barcelona memenangi enam daripada tujuh pertemuan El Clasico sebelum ini sejak ketibaan pengendali dari Jerman itu, namun mereka tampil di bawah tahap sebenar ketika berdepan anak buah Jose Mourinho.

“Saya sangat gembira. Saya rasa semua orang tahu saya suka menjaringkan gol dan membantu pasukan menerusi jaringan, tetapi bagi saya, hari ini pencapaian itu sekadar perkara kecil kerana perkara paling penting ialah kemenangan pasukan.

“Sejujurnya, bintang sebenar perlawanan hari ini ialah pasukan dan seluruh kumpulan pemain kerana kami tahu kami perlu beraksi cemerlang sebagai sebuah pasukan.

“Kami tahu perlawanan ini berlangsung dengan baik, tetapi kemenangan ini tetap hanya memberikan tiga mata. Kami perlu mengutip banyak lagi mata untuk menjuarai LaLiga,” kata Mbappe kepada Real Madrid TV. – AGENSI

KAPSYEN

 

KYLIAN MBAPPE

The post Mbappe wira Real benam Barcelona appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved