
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila sedang membuat pilihan baju yang mahu dipakai, sudah tentu kita akan memilih fabrik yang bersesuaian dengan cuaca pada hari itu.about:blank
Sebagai contoh, dalam cuaca panas kita akan memilih baju nipis, sebaliknya baju lebih tebal sesuai digayakan ketika suasana kelihatan mendung.
Tapi sedar tak, ada sesetengah jenis fabrik yang akan buatkan badan anda berbau busuk dengan cepat lebih-lebih lagi waktu cuaca panas!
Baca Artikel Berkaitan: “Beli Pakaian Mengandungi Lebih 50% Poliester Macam Kena Scam” – Murah Tapi Berkualiti Rendah
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Aktiviti Derma Pakaian Terpakai Scam? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ketiak Bau Busuk? Ini Cara Terbaik Untuk Atasinya
Tujuh Jenis Fabrik Yang Boleh Buat Badan Cepat Berbau Busuk
Satu hantaran di TikTok (@nininoo_8) menyenaraikan tujuh jenis fabrik yang boleh mengundang masalah ini.
Boleh dikatakan kesemua fabrik yang disenaraikan adalah jenis sintetik dan bukannya yang semula jadi seperti kapas.
“Kadangkala kita dah mandi, dah pakai deodorant, tapi badan masih berbau bila tengah hari. Rupanya sebab salah kain baju,” katanya.
#1. Polyester
Pasti ramai tahu bahawa polyester merupakan sejenis fabrik sintetik yang tahan lama dan menjadi pilihan di seluruh dunia kerana harga lebih murah.
Namun memandangkan polyester merupakan sejenis bahan hidrofobik, ini bermakna pakaian yang menggunakan fabrik jenis itu tidak mampu untuk menyerap peluh.
Perkara ini menyebabkan peluh terperangkap pada permukaan kulit, seterusnya bercampur dengan minyak badan dan bakteria.
Seterusnya, ia menjadi kawasan yang sesuai bagi pembiakan mikrob yang menyebabkan bau busuk, menjadikan pakaian cepat berbau.

#2. Nilon
Fabrik nilon kebiasaannya digunakan bagi pakaian sukan kerana sifatnya yang ringan dan licin.
Seperti polyester, nilon juga merupakan salah satu fabrik sintetik yang terkenal atas daya ketahanannya serta ciri-ciri ‘moisture wicking’ iaitu keupayaan fabrik untuk menarik peluh dari badan dan melepaskannya.
Pun begitu, peluh yang diserap ini tidak mudah dibebaskan ke udara seperti fabrik semulajadi, menjadikannya terperangkap.
Akhirnya, keadaan ini juga menjadi kawasan yang sesuai bagi pembiakan bakteria yang membuatkan badan berbau busuk dan terasa melekit.
#3. Acrylic
Kelihatan seperti fabrik benang biri-biri atau wool, pakaian yang diperbuat daripada bahan acrylic juga bersifat lembut, hangat dan ringan.
Ia bagaimanapun tidak sesuai dipakai dalam iklim panas dan lembap seperti di Malaysia kerana tidak dapat menyerap peluh yang boleh menimbulkan bau busuk.
Sebaliknya fabrik acrylic lebih sesuai digunakan bagi cuaca sejuk dalam bentuk sweater, selimut, karpet, jaket dan topi.

#4. Rayon/ Viscose
Walaupun fabrik jenis rayon mempunyai tekstur yang lembut seperti kapas, ia bagaimanapun lambat kering apabila basah.
Jadi apabila seseorang berpeluh, peluh akan terkumpul pada fabrik menyebabkan kulit rasa lembap dan mudah berbau.
Namun memandangkan rayon merupakan sejenis fabrik semi-sintetik, ada yang merasakan bahawa ia kurang berbau berbanding fabrik sintetik sepenuhnya seperti polyester.
#5. Spandex/ Lycra
Lycra merupakan salah satu fabrik sintetik yang sering digunakan bagi jubah, telekung, pakaian mandi dan pakaian yoga.
Fabrik lycra yang melekap pada tubuh badan menyebabkan kurang ruang udara, seterusnya memerangkap haba dan peluh.
Sama seperti polyester, peluh yang terperangkap ini akan menjadi tempat pembiakan bakteria yang menghasilkan bau busuk.

#6. Satin
Bagi fabrik satin pula, ia bergantung kepada jenisnya yang termasuk polyester, sutera atau kapas.
Satin polyester tidak menyerap peluh, manakala satin sutera atau kapas lebih selesa dipakai dan kurang menghasilkan bau tidak enak.
Elakkan memakai fabrik satin yang tebal dalam cuaca panas dan gunakan pakaian dalam (inner) jika perlu.
#7. Crinkle
Sama seperti satin, crinkle juga mempunyai pelbagai jenis dengan fabrik polyester akan menyebabkan badan lebih mudah berbau.
Sebaliknya, fabrik crinkle jenis kapas lebih selesa dan membantu aliran udara yang boleh menyerap kelembapan.
Jika anda memakai inner, disarankan memilih yang diperbuat daripada fabrik kapas agar peluh lebih mudah diserap dan badan tidak cepat mengeluarkan bau busuk.
Fabrik 100% Polyester Boleh Sebabkan Masalah Kesihatan
Selain menghasilkan bau yang busuk, orang ramai dinasihati agar tidak kerap memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik terutamanya 100% polyester.
Berdasarkan penerangan pengamal perubatan, Dr Irma Izzati, ini kerana fabrik 100% polyester mengandungi mikroplastik yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Malah, kajian juga mendapati pemakaian baju dalam daripada fabrik jenis poliester boleh mengurangkan sperma dan mempunyai potensi mempengaruhi kesuburan.
Oleh itu, elakkan penggunaan pakaian fabrik sintetik terutamanya buat kanak-kanak.
Sebaliknya lebih elok jika menggunakan pakaian yang diperbuat daripada sintetik semula jadi termasuk:
- Kapas
- Linen
- Bamboo (Buluh)
- Merino wool
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Fabrik Pakaian 100% Polyester Undang Masalah Kesihatan? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Mandi” – Doktor Nasihat Pesakit Jaga Kebersihan Sebelum Dapatkan Rawatan Di Hospital
Baca Artikel Berkaitan: “Best Investment” – Wanita Puji Mesin Dryer Siap Ada Mod Lipatan Macam Gosok Baju
Source:



