Ellie Suriaty dedah Azri Iskandar tak jadi kahwin sebab minta tunda tarikh nikah

Entertainment
12 Jun 2024 • 10:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah drama, Ellie Suriaty dedah Azri Iskandar tak jadi kahwin hanya kerana meminta untuk menunda tarikh pernikahannya dengan usahawan, Datuk Noora Kay.

Ellie Suriaty buka mulut

Memetik laporan dari Mstar, Ellie memaklumkan yang kekasih bekas suaminya tidak bersetuju untuk menukar tarikh perkahwinan kerana sedang sibuk menjalani pengambaran drama namun alasan tersebut tidak diterima oleh Noora Kay.

image is not available

“Noora sebenarnya nak satu tarikh tapi tarikh itu tidak sesuai kerana Azri sibuk jalani penggambaran.

“Jadi pihak Azri minta tangguh selepas saya dan juga ahli keluarga berbincang kami bersetuju.

“Kami tak nak buat majlis dengan tergesa-gesa sebab ini bukan kahwin tangkap basah. Nak tangguh pun tidak lama selepas selesai penggambaran saja,” katanya.

image is not available

Azri Iskandar tak jadi kahwin, Ellie Suriaty kesal sikap Noora Kay

Dalam pada itu, Ellie juga meluahkan rasa kesal apabila usahawan itu mengatakan kepada media tiada keserasian antaranya dan Azri punca perpisahan tersebut.

Memutuskan hubungan bukan keputusan Azri… Takkan semua nak ikut telunjuk dia? “Ini bukan kerana tidak serasi tapi sudah tiada jodoh,” katanya.

image is not available

Azri Iskandar tak jadi kahwin, Ellie minta bekas suami pujuk kekasih

Jelas selebriti tersebut lagi, dia ada meminta supaya bekas suami memujuk kekasihnya, namun ditolak Azri kerana merasakan usia mereka sudah tidak sesuai untuk bersikap kebudak-budakan seperti itu lagi.

“Saya ada cakap dengan Azri untuk memujuk Noora tapi dia tidak mahu kerana anggap sudah tidak sesuai pada usia sekarang.

“Masing-masing sudah berusia sepatutnya lebih matang dan memahami kerja tapi bila sudah pihak sana nak putus anggap saja tiada jodoh,” kongsinya.

image is not available

Terdahulu, Noora Kay memaklumkan yang hubungan cinta antaranya dengan Azri Iskandar sudah berakhir dan mereka juga tidak jadi berkahwin kerana tiada keserasian antara mereka.

Aktor lelaki terbabit yang sudah menduda sejak tahun lalu telah bercerai dengan Ellie Suriaty selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga serta memperoleh dua orang cahaya mata.

Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)