“Kerana Berpangkat Datuk, Semua Kena Ikut Telunjuk” – Ellie Suriaty Nafi Azri Iskandar & Noora Berpisah Sebab Tidak Serasi

Entertainment
12 Jun 2024 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon hebat, Ellie Suriaty menafikan bahawa hubungan bekas suami, Azri Iskandar dan kekasih, Datuk Noora Kay berakhir disebabkan tidak mempunyai keserasian.

Tangguhkan tarikh nikah

Menurut Ellie, persiapan perkahwinan sudah pun dilakukan tetapi pihaknya meminta untuk menangguhkan tarikh pernikahan kerana memikirkan jadual padat Azri.

Pada saya Datuk Noora Kay tidak sabar dan mahu semua perbincangan ikut kehendak dia termasuk dalam semua perbincangan. Pada saya itu bukan orang matang dalam perbincangan.

Ikut telunjuk Noora

Katanya lagi, keputusan untuk mengakhirkan hubungan itu turut dibuat oleh Noora sendiri.

Hanya kerana berpangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk. Jangan cakap tidak serasi, tapi kata tiada jodoh.

Sebelum ini, Noora berkata hubungannya bersama aktor itu berakhir disebabkan tiada keserasian untuk bergelar suami isteri dan sudah putus sejak Mei lalu.

image is not available 1 day ago

"Dah Putus Mei Lalu" - Hasrat Azri Iskandar Nak Tamatkan Zaman Duda Musnah, Kekasih Dedah Tiada Keserasian