Ellron kekal ketua bahagian Sook Star Sabah

23 Jan 2024 • 10:34 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Datuk Ellron Angin mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Sook Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) dalam Mesyuarat Tri Tahunan Star Sabah Bahagian itu di Kg Biah Tengah di sini, Sabtu.

Dengan kemenangan tanpa bertanding itu Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan mengetuai pimpinan Star bahagian Sook sehingga 2027.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula disandang oleh Setiausaha Politik beliau sendiri iaitu Jreneus Pagut.

Manakala jawatan tiga Naib Ketua Bahagian pula masing-masing disandang oleh Lanusag Etap @ Raipol, Dominik Kogi dan seorang lagi muka baru, Jauni Liam.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Barisan Ahli Jawatankuasa baharu didahului oleh Indiu Bandi, Andy Jusit, Alludin Yunus, Henry Silingan, Manuil Labinsin, Agustine Angkimo dan Agustine Kihing.

Sementara itu, Ketua Wiramuda dan Wiranita masing-masing disandang oleh Larry Duin Edwin dan Rashna Angin.

Ellron mengingatkan barisan kepimpinan baharu bahawa jawatan yang digalas dan diamanahkan itu bukanlah satu keistimewaan malah satu pengorbanan dan tanggungjawab sebagai ahli parti.

Beliau turut menggesa Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bahagian agar terus memperjuangkan hak-hak Sabah dan mengukuhkan kekuatan parti selaras hasrar presiden parti, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Katanya, bagi membolehkan AJKT Bahagian Sook lebih seimbang, beliau turut memaklumkan beberapa jawatan lain yang masih kosong akan diisi bukan sahaja ahli politik tetapi mereka yang berpandangan jauh.

“Golongan muda tidak akan dipinggirkan dalam mengisi kekosongan ini nanti memandangkan mereka mempunyai peranan besar dalam memberikan cadangan-cadangan bernas bukan sahaja kepada bahagian tetapi kepada negeri Sabah,” katanya.

Pemilihan itu merupakan pemilihan AJKT bahagian yang pertama bagi parti Star Sabah dan akan disusuli dengan pembubaran bahagian-bahagian lain di seluruh Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.