Reka Bentuk Fizikal Cip Tesla AI5 Diperlihatkan

TechnologyCars
16 Apr 2026 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk hari ini telah mengumumkan bahawa cip pemprosesan AI terbaru Tesla, yang dinamakan Tesla AI 5 telah akhirnya melepasi fasa taping out, ataupun rekaan fizikal sebelum ia dihantar kepada syarikat pengeluar cip semikonduktor seperti TSMC, Intel ataupun Samsung untuk proses pengeluaran secara besar-besaran.

Cip pemprosesan Tesla AI 5 ini telah diperlihatkan oleh Elon Musk, memperlihatkan komponen cip tersebut di bahagian tengah, dan dikelilingi oleh cip-cip memori yang dihasilkan oleh SK Hynix. Setiap modul memori tersebut dilihat hadir dengan 16GB memori LPDDR5X, dan setiap cip AI5 akan hadir dengan 12 modul tersebut, menjadikan jumlah memori pada cip ini sebanyak 192GB.

— Elon Musk (@elonmusk) April 15, 2026

Elon Musk sebelum ini mengatakan bahawa setiap cip pemprosesan Tesla AI5 ini hadir dengan kuasa pemprosesan pada taraf sebuah cip NVIDIA Hopper, dan gabungan dua cip pemprosesan ini memberikannya kemampuan setaraf sebuah cip NVIDIA Blackwell.

image is not available

Tesla akan menggunakan khidmat kedua-dua syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan Samsung Foundry untuk menghasilkan cip pemprosesan Tesla AI5 ini untuk mempercepatkan proses pengeluaran cip dan untuk tidak bergantung kepada satu syarikat sahaja.

Cip Tesla AI5 ini juga akan menguasakan komputer pada kenderaan swapandu Robotaxi dan robot Optimus, yang mana kita nampaknya akan memperlihatkan pengeluaran secara besar-besaran dalam masa enam bulan ke satu tahun akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved