Elon Musk Ingin Bangunkan Penawaran Perisian Seumpama Microsoft Melalui Macrohard – Melalui Penggunaan AI

TechnologyStartup
23 Aug 2025 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu yang lepas, kita telah melihat xAI mendaftarkan tanda dagang Macrohard. Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk berkongsi berkenaan dengannya, dan mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai pembangunan berkenaan melalui xAI.

Elon Musk mengatakan Macrohard merupakan syarikat perisian dikuasakan kecerdasan buatan. Menurut beliau, ia akan memfokuskan penawaran perisian lebih kurang seperti Microsoft, tetapi dibangunkan dengan bantuan kecerdasan buatan.

image is not available

Ini secara tidak langsung memperlihatkan potensi untuk pelbagai syarikat dengan fokus perisian sepenuhnya boleh digantikan atau dicabar oleh syarikat lain melalui penggunaan kecerdasan buatan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah produk pertama Macrohard yang akan beroperasi dibawah xAI ini.