Rombakan fokus syarikat dan pengambilalihannya oleh SpaceX telah menyebabkan ramai pengasas bersama xAI berhijrah daripada syarikat sejak setahun lalu. Minggu lalu, Ross Nordeen seorang lagi pengasas bersama xAI telah meninggalkan syarikat menurut laporan Business Insider. Ini menjadikan Elon Musk pengasas terakhir daripada 12 yang masih bersama syarikat.
Sebelum bertugas di xAI, Nordeen bertugas sebagai pengurus program teknikal sistem Autopilot di Tesla dan terlibat dengan pembangunan pusat data melatih sistem Full Sell Driving (FSD). Tiada sebab diberikan mengapa Nordeen meninggalkan xAI serta destinasi beliau yang seterusnya.

Hanya beberapa minggu yang lalu Musk mengatakan xAI perlu “dibina semula kerana tidak dibina dengan betul sejak dari awal”. Usaha mereka membangunkan kecerdasan buatan? (AI) Grok berhadapan pelbagai kontroversi seperti mengaku dirinya “Mecha Hitler” dan sistem AI generatifnya pula menghasilkan imej tidak sopan di X.
Tidak seperti Gemini, ChatGPT atau Claude, Grok juga tidak digunakan oleh pelanggan perniagaan bagi tujuan profesional yang lebih menguntungkan. Sungguhpun begitu Elon Musk masih yakin Grok ialah AI terbaik yang hampir mencapai AGI dan mempunyai perancangan membina pusat data AI di angkasa lepas dalam masa terdekat.



