Elon Musk Memfailkan Untuk Tarik Diri Daripada Pembelian Twitter

TechnologyDigital
9 Jul 2022 • 6:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Elon Musk kini memfailkan kepada bursa di Amerika Syarikat, mengatakan ingin membatalkan perjanjian pengambil-alihan Twitter.

Elon Musk mengatakan beliau membatalkan pengambil-alihan ini kerana Twitter gagal dalam menawarkan informasi secukupnya berkenaan dengan akaun palsu pada platform tersebut.

image is not available

Sebelum ini, Elon Musk telah menawarkan diri untuk membeli Twitter pada nilai mencapai $44 bilion. Namun, sejak ia diumumkan, Elon Musk telah berkali-kali menyerang Twitter berkenaan dengan masalah akaun palsu – yang mungkin boleh disemak sebelum melakukan pra-pembelian.

Twitter sendiri telah berkali-kali menindakkan apa yang dikatakan Elon Musk, termasuk memberikan akses khusus untuk beliau dalam melakukan semakan, disamping menyatakan memadam lebih 1 juta akaun spam setiap hari.

Mengikut perjanjian pembelian asal, Elon Musk perlu membayar Twitter sebanyak $1 bilion sekiranya membatalkan perjanjian pengambil-alihan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved