Elon Musk Batalkan Perjanjian Beli Twitter

TechnologyBusiness & Finance
9 Jul 2022 • 2:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Elon Musk membatalkan perjanjian untuk membeli Twitter. - Gambar Fail

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk pada Jumaat membatalkan perjanjian US$44 bilion untuk membeli Twitter, menyalahkan syarikat itu kerana menyekat maklumat mengenai jumlah akaun palsu dan spam, lapor Xinhua.

Peguam Musk mendakwa Twitter gagal mematuhi kewajipannya dalam perjanjian penggabungan dan "melanggar pelbagai peruntukan" perjanjian yang ditandatangani pada April.

image is not available
Gambar hiasan

Pengerusi Lembaga Twitter Bret Taylor berkata syarikat itu komited untuk menutup perjanjian pada harga dan syarat yang dipersetujui dengan Musk, dan merancang meneruskan tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian penggabungan.

"Kami yakin kami akan menang di Mahkamah Chancery Delaware," ciap Taylor, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Salesforce.

image is not available
Gambar Fail

Pada April, Elon Musk mengumumkan pengambilalihan Twitter bernilai US$44 bilion. Kemudian pada Mei, Musk berkata perjanjian itu ditangguhkan buat sementara waktu kerana beliau meminta butiran mengenai jumlah akaun spam dan palsu platform sosial itu. - Bernama