Elon Musk Umum Akan Kembalikan Aplikasi Vine, Tetapi Dalam Bentuk “AI”

TechnologyDigital
24 Jul 2025 • 11:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi mengatakan akan kembalikan semula aplikasi Vine, tetapi dalam bentuk AI. Apakah yang dimaksudkan sepenuhnya tidak diketahui lagi.

Vine sebelum ini merupakan aplikasi memfokuskan video pendek 6 saat. Aplikasi berkenaan telah diambil-alih oleh Twitter pada 2012 yang lepas, namun ditamatkan operasinya pada 2017.

image is not available

Selang beberapa tahun selepas Vine ditamatkan, sejumlah perkhidmatan hadir ke pasaran dengan fokus terhadap perkongsian video, yang mana kini didominasi oleh TikTok, Instagram Reels dan YouTube Shorts.

Dengan integrasi AI, mungkin ia akan memudahkan penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan, dan berkongsi terus melaluinya. X (dahulunya Twitter) sendiri kini dimiliki oleh firma kecerdasan buatan xAI, dan turut mempunyai integrasi Grok melaluinya. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah Vine baharu yang bakal diperkenalkan ini.