Ciri Galaxy AI dilancarkan menerusi siri Galaxy S24 tahun lalu dengan ia memberikan bantuan ringkasan dokumen, melakukan alih bahasa panggilan telefon, menolong menulis dan banyak lagi. Tetapi pasca pelancaran Samsung mengatakan ciri-ciri AI ini akan hanya percuma sehingga penghujung 2025 menimbulkan persoalan berapakah yang perlu dibayar dan apakah ciri yang terkesan nanti?

Android Police telah mendapat jawapan penuh daripada Samsung dan nampaknya majoriti ciri Galaxy AI tidak akan memerlukan bayaran tambahan bermula 2026. Senarai ciri yang kekal percuma adalah seperti di bawah.
- Circle to Search
- Live Translate
- Now Brief
- Writing assist dan Chat assist
- Drawing Assist
- Note Assist dalam Samsung Notes
- Zoom Nightography
- Audio Eraser
- Browsing Assist
- Latar belakang dijana AI
- Transkrip Voice Recorder
- Health Assist
- Suggested Replies pada skrin luar peranti katup
- Auto Framing aplikasi kamera
Ciri-ciri ini kekal percuma kerana ia menggunakan model kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sendiri oleh Samsung. Namun begitu ciri yang dibawakan oleh Google seperti Gemini Live akan memerlukan langganan. Seperti telah kami laporkan, pembeli siri Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan menerima langganan Google AI Pro percuma selama 6 bulan.
