Emas Mendidih Tembus $4,500 Selepas Waller Redakan Hawkish Fed

Business & Finance
4 Sep 2026 • 10:03 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Emas Mendidih Tembus $4,500 Selepas Waller Redakan Hawkish Fed

Harga emas menembusi kawasan $4,500 menjelang hujung minggu, meneruskan pemulihan selepas jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) semakin berkurang.

Pada jam 9.30 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,469 iaitu stabil sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.

Pasaran kini memberi tumpuan kepada laporan Non-Farm Payrolls (NFP) AS bagi Ogos yang akan dikeluarkan lewat hari ini. Data tersebut dijangka menjadi petunjuk penting kepada hala tuju kadar faedah Fed pada September.

Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Semakin Berkurang

Pada awal minggu, kenyataan lebih agresif daripada Pengerusi Fed, Kevin Warsh, di simposium Jackson Hole meningkatkan jangkaan kenaikan kadar pada September dan memberi tekanan kepada emas.

Namun, jangkaan itu mula berubah selepas Gabenor Fed, Christopher Waller, memberi isyarat bahawa keputusan September masih bergantung kepada perkembangan inflasi.

Pasaran niaga hadapan dana Fed kini melihat peluang sekitar 50.2% untuk kenaikan kadar 0.25 mata peratusan pada September, turun daripada 63.2% sebelum kenyataan Waller.

Keadaan ini memberi sedikit sokongan kepada emas kerana jangkaan kadar lebih tinggi biasanya meningkatkan daya tarikan Dolar AS berbanding emas yang tidak menawarkan faedah.

NFP Jadi Fokus Utama Pasaran

Laporan pekerjaan AS menjadi perhatian utama kerana data tersebut boleh mempengaruhi jangkaan terhadap dasar Fed.

NFP Ogos dijangka menunjukkan pertambahan sekitar 56,000 pekerjaan, manakala kadar pengangguran dijangka kekal pada 4.1%.

Jika data pekerjaan lebih kukuh daripada jangkaan, Dolar AS berpotensi mengukuh dan memberi tekanan kepada harga emas.

Sebaliknya, data pekerjaan yang lebih lemah boleh mengurangkan jangkaan kenaikan kadar dan memberi ruang kepada emas untuk meneruskan pemulihan.

Inflasi Masih Jadi Penentu Fed

Pendekatan Fed ketika ini kekal bergantung kepada data, terutama perkembangan inflasi dan pasaran buruh.

HSBC pula menjangkakan kenaikan kadar AS selanjutnya tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat selagi harga tenaga yang tinggi tidak menyebabkan inflasi teras meningkat dengan ketara.

Keadaan ini menunjukkan pasaran masih mempunyai ruang untuk mengurangkan jangkaan pengetatan dasar Fed sekiranya data ekonomi AS mula menunjukkan kelemahan.

Intraday Outlook

[chart pair=”xauusd” period=”D1″]

Emas berpotensi kekal mendapat sokongan selagi jangkaan kenaikan kadar Fed terus berkurang.

Namun, NFP AS menjadi risiko utama kepada pergerakan emas hari ini. Data pekerjaan yang lebih kukuh boleh mengukuhkan Dolar AS dan memberi tekanan kepada emas, manakala data yang lemah berpotensi menyokong kenaikan harga emas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved