Empat beranak ditemui maut di kondominium

28 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Empat beranak ditemui maut di kondominium

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Tiga beranak ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah di leher dalam sebuah unit kondominium di Desa ParkCity, Persiaran Residen, Kepong, di sini hari ini, selepas polis menerima laporan seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium pada 3.32 petang berhubung insiden seorang lelaki maut yang dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Beliau berkata polis kemudian pergi ke unit kediaman berkenaan dan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membuka pintu sebelum menemukan tiga individu yang telah meninggal dunia di bilik berasingan.

"Ketiga-tiga mangsa dalam kediaman terdiri daripada isteri mangsa lelaki berusia 47 tahun serta dua anak mereka, masing-masing seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia tujuh tahun," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian leher, selain polis menemukan sebilah pisau dalam unit itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Sudden Death Report (SDR)," katanya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved