Pergaduhan tular di Bintulu: Tujuh lelaki ditahan polis

22 Aug 2026 • 10:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pergaduhan tular di Bintulu: Tujuh lelaki ditahan polis

Polis tahan tujuh lelaki susulan pergaduhan di tempat letak kereta Bintulu yang tular di media sosial; kes disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

BINTULU: Polis menahan tujuh lelaki tempatan susulan pergaduhan di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di sini selepas rakaman video mengenainya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam dan kini direman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan kemalangan kenderaan dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur gangsterisme.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan siasatan akan disegerakan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318804.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved