[VIDEO] Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram

24 Aug 2026 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram
Image from: [VIDEO] Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram
Perintah reman bermula Isnin hingga Khamis ini dikeluarkan Majistret, R. Salini selepas permohonan dibuat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Image from: [VIDEO] Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram
Seorang pempengaruh permotoran antara lapan samseng jalanan yang direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan menutup jalan untuk berlumba haram di Lebuhraya LinKedua.
Image from: [VIDEO] Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram
Sebelum itu, mereka tiba di Mahkamah Majistret Kulai menaiki trak polis jam 8.30 pagi.
Image from: [VIDEO] Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

KULAI - Seorang pempengaruh permotoran antara lapan samseng jalanan yang direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan menutup jalan untuk berlumba haram di Kilometer 33 hingga hingga Kilometer 31 Lebuhraya LinKedua, di sini pada Sabtu.

**media[3624293]**

Perintah reman bermula Isnin hingga Khamis ini dikeluarkan Majistret, R. Salini selepas permohonan dibuat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Sebelum itu, mereka tiba di Mahkamah Majistret Kulai menaiki trak polis jam 8.30 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 45 tahun ditahan 11.54 pagi pada Ahad oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Semua suspek itu bagaimanapun negatif daripada dadah.

Video itu tular di media sosial pada petang Sabtu memaparkan dua motosikal yang nombor pendaftaran dan jenisnya tidak dapat dikenal pasti, bersaing sesama sendiri dari Kilometer (KM) 33, susur Tol Senai Utara hingga KM31, susur Johor Premium Outlet (JPO).

**media[3624300]**

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, polis juga sedang mengesan individu lain yang dipercayai berada di lokasi kejadian dan menyaksikan perbuatan tersebut dari tepi lebuh raya.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved