Empat cedera, kereta terbabas langgar tiang elektrik

27 Apr 2025 • 10:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenderaan dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar tiang di bahu jalan awal pagi Ahad.

image is not available
Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa yang mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

SITIAWAN – Empat lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik dalam kejadian di Taman Seri Lekir, Batu 7 di sini awal pagi Ahad.

Difahamkan kenderaan jenis Naza Citra dinaiki kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.35 pagi

**media[3101907]**

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dengan bantuan BBP Seri Manjung dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

"Ketika tiba, didapati empat mangsa lelaki Melayu tidak tersepit, namun dua daripadanya mengalami kecederaan parah. Seorang mangsa patah bahu kanan, manakala pemandu pula mengalami patah kaki kanan.

"Dua lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sabarodzi berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian awal dan mengarahkan operasi penyelamatan serta memberikan rawatan awal kepada mangsa.

Menurutnya, kesemua mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.35 pagi serta tamat lima minit kemudiannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved