Empat jam naikkan Jalur Gemilang gergasi di Mercu UEM

20 Aug 2026 • 12:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat jam naikkan Jalur Gemilang gergasi di Mercu UEM

PETALING JAYA – Jalur Gemilang gergasi berukuran 42 meter kali 21 meter dan seberat 120 kilogram menghiasai Mercu UEM iaitu Ibu Pejabat UEM Group Berhad (UEM Group) di Kuala Lumpur Sentral sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

UEM menerusi kenyataannya, Jalur Gemilang gergasi itu mengambil masa selama empat jam untuk dinaikkan dan dipasang merentasi tujuh tingkat di menara setinggi 29 tingkat Mercu UEM.

“Bendera berkenaan akan terus berkibar sehingga 17 September serta boleh dilihat dari kawasan berhampiran termasuklah Bangsar dan Brickfields.

“Jalur Gemilang gergasi yang dipaparkan di Mercu UEM ini merupakan lambang penghormatan terhadap keamanan dan kemakmuran negara yang berkekalan,” menurut UEM. – KOSMO! ONLINE

The post Empat jam naikkan Jalur Gemilang gergasi di Mercu UEM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved