Jalur Gemilang gergasi berkibar megah di Mercu UEM

Business & Finance
18 Aug 2026 • 10:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jalur Gemilang gergasi berkibar megah di Mercu UEM
Jalur Gemilang gergasi berkibar megah di Mercu UEM.

ANAK syarikat milik penuh dan sayap infrastruktur utama Khazanah Nasional Berhad, UEM Group Berhad (UEM Group) mengambil inisiatif mengibarkan bendera gergasi di ibu pejabatnya di Mercu UEM di Kuala Lumpur Sentral bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Jalur Gemilang gergasi berukuran 42 meter kali 21 meter dengan seberat 120 kilogram berkenaan mengambil masa kira-kira empat jam untuk dinaikkan dan dipasang merentasi tujuh tingkat bangunan setinggi 29 tingkat itu.

Bendera gergasi terbabit akan terus berkibar sehingga 17 September 2026.

Bendera itu turut dapat dilihat dari kawasan berhampiran termasuk Bangsar dan Brickfields, sekali gus menjadi simbol penghormatan terhadap keamanan dan kemakmuran negara yang berkekalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved