Jalur Gemilang gergasi berkibar di Mercu UEM sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

17 Aug 2026 • 4:38 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jalur Gemilang gergasi berkibar di Mercu UEM sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia Image from: Jalur Gemilang gergasi berkibar di Mercu UEM sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia johardy17/08/2026 - 16:38 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Ogos - UEM Group Berhad (UEM Group) mengibarkan Jalur Gemilang gergasi di ibu pejabatnya, Mercu UEM di Kuala Lumpur Sentral, bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

 

Jalur Gemilang berukuran 42 meter kali 21 meter dengan berat 120 kilogram itu dipasang pada bangunan Mercu UEM yang mempunyai 29 tingkat.

 

Proses menaikkan dan memasang bendera gergasi berkenaan mengambil masa selama empat jam, dengan Jalur Gemilang itu merentasi tujuh tingkat bangunan tersebut.

 

Bendera berkenaan akan terus berkibar di Mercu UEM sehingga 17 September 2026.


 

UEM

 


Jalur Gemilang gergasi itu turut boleh dilihat dari kawasan berhampiran Mercu UEM, termasuk Bangsar dan Brickfields.

 

UEM Group berkata pemasangan Jalur Gemilang berkenaan merupakan lambang penghormatan terhadap keamanan dan kemakmuran negara yang berkekalan.

 

UEM Group merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan sayap infrastruktur utama syarikat pelaburan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved