Empat maut LPT1: Pemandu treler tidak boleh urus diri, belum direman

9 Sep 2026 • 12:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat maut LPT1: Pemandu treler tidak boleh urus diri, belum direman

TEMERLOH – Pemandu treler yang didakwa merempuh 10 buah kenderaan sehingga mengakibatkan empat maut dalam nahas di Kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) masih dirawat di hospital dan tidak dapat menguruskan diri sendiri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nasyim Bahron berkata, susulan itu polis belum menahan reman lelaki berusia 52 tahun yang masih memerlukan rawatan itu.

“Mangsa mengalami banyak kecederaan dan masih tidak boleh urus diri sendiri.

“Mangsa masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan keadaannya masih tidak sesuai untuk direman,”katanya di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, Kosmo! melaporkan perjalanan pulang tiga beranak selepas menyambut Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada Isnin lalu berakhir dengan tragedi apabila mereka maut selepas dirempuh treler simen.

Lebih memilukan Allahyarham Muhammad Nazatul Nazmi, 32, bersama isteri, Nur Atiqah Sofiya Mohd. Kazwan,32, dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef,4, kali pertama menyambut Hari Kemerdekaan di luar negeri Pahang.

Turut terkorban dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan itu ialah penumpang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV iaitu Seow Beng Wain,55, manakala pemandu Honda CRV dan pemandu treler cedera parah.

The post Empat maut LPT1: Pemandu treler tidak boleh urus diri, belum direman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved