Empat maut, kereta bertembung lori di Telupid

LocalCars
9 Sep 2026 • 3:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat maut, kereta bertembung lori di Telupid

TELUPID: Empat individu maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu di Kampung Gambaron, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Nurazlan Shah Jamaluddin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.28 pagi bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum diperoleh.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak 93 kilometer (km) dari balai.

“Setibanya pasukan di lokasi pada pukul 9.33 pagi, keempat-empat mangsa dalam kereta Proton Saga dikeluarkan anggota bomba dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan semua mangsa di dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan. 

“Tiada liputan telefon di lokasi kejadian dan maklumat semua mangsa belum diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi berkenaan. – UTUSAN

 

The post Empat maut, kereta bertembung lori di Telupid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved