Empat MoU bakal pacu teknologi pertanian Sabah

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 11:41 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Empat MoU bakal pacu teknologi pertanian Sabah

Tenom: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) akan memperkukuh usaha memastikan bekalan beras serta produk makanan yang diimport ke negeri ini memenuhi piawaian halal.

Menterinya Datuk Jamawi Jaafar berkata usaha itu turut dilaksanakan menerusi siri lawatan rasmi ke beberapa negara pengeluar makanan utama termasuk Australia, India, China dan Brazil bagi meneroka peluang kerjasama strategik serta mempelbagaikan sumber bekalan makanan.

Beliau menyatakan lawatan berkenaan juga bertujuan memperkukuh sekuriti makanan Sabah melalui kerjasama perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi dalam sektor pertanian serta industri makanan.

“Empat Memorandum Persefahaman (MoU) dijangka dimeterai dalam lawatan akan datang ke China membabitkan Kerajaan Negeri, syarikat berasaskan pertanian dari Sabah dan pihak negara berkenaan.

“Ia bertujuan memajukan industri tanaman padi, ternakan serta teknologi pertanian berasaskan mekanisasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan alat tulis kepada 938 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dari enam sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom.

Jamawi berkata, penggunaan mesin dan teknologi mekanisasi yang bersesuaian mampu menarik lebih ramai golongan muda menceburi sektor pertanian sekaligus memastikan kesinambungan pembangunan industri itu pada masa depan.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata hanya kira-kira 19 peratus daripada keperluan beras Sabah dihasilkan menerusi tanaman padi tempatan, manakala selebihnya bergantung kepada bekalan import khususnya dari Vietnam dan Thailand.

Jelasnya kira-kira RM1.4 bilion diperuntukkan bagi tujuan import beras, sekaligus menunjukkan kepentingan memperkukuh pengeluaran tempatan, mempelbagaikan sumber bekalan serta memastikan jaminan makanan negeri terus terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved