Empat Pemain Import JDT Termasuk Bergson Kini Berstatus Pemain Tempatan

LocalFootball
21 Aug 2026 • 9:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Empat Pemain Import JDT Termasuk Bergson Kini Berstatus Pemain Tempatan

Empat pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT) kini dilaporkan memegang status pemain tempatan.

Memetik laporan Stadium Astro, Bergson da Silva, Manuel Hidalgo, Shane Lowry dan Brad Tapp kini memegang status sebagai pemain tempatan bagi perlawanan Piala Sumbangsih menentang Kuching City malam ini.

Senarai nama pemain sempena aksi itu dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu hantaran di laman X.

Nama keempat-empat pemain itu dilihat tidak lagi ditandakan dengan huruf 'I' yang membawa maksud International.

Stadium Astro berkata perubahan status itu dijangka memberi impak besar terhadap perancangan pasukan, khususnya dari segi pendaftaran dan kuota pemain import bagi menghadapi musim baharu.

Baca juga:

Terdahulu, Malaysian Football League (MFL) meluluskan penambahan kuota pendaftaran pemain tempatan bagi semua kelab yang menyertai Liga Malaysia musim 2026-2027, menjadikan jumlah maksimum pemain yang boleh didaftarkan meningkat daripada 33 kepada 38 pemain.

MFL dalam kenyataan memaklumkan kuota baharu itu membabitkan maksimum 15 pemain asing dan sehingga 23 pemain tempatan, manakala kuota pemain asing kekal seperti ditetapkan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved