Empat maut termasuk bayi nahas libatkan pikap, treler

24 Oct 2026 • 11:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat maut termasuk bayi nahas libatkan pikap, treler
Bayi berusia sembilan bulan antara empat individu maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dipercayai merempuh belakang sebuah lori treler.
Image from: Empat maut termasuk bayi nahas libatkan pikap, treler
Ford Ranger berkenaan dinaiki enam mangsa, dengan empat daripadanya disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi cedera.

MUAR – Bayi berusia sembilan bulan antara empat individu maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dipercayai merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 107 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Pagoh, di sini pada Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, PBK I Mohd Hafiz Mohd Shahid berkata, kejadian kira-kira jam 5.19 petang itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Ford Ranger, Toyota Vios dan lori treler jenis Scania.

Jelasnya,kemalangan dipercayai berlaku apabila Ford Ranger dinaiki mangsa merempuh treler yang diparkir di tepi lebuh raya.

Menurutnya, Ford Ranger berkenaan dinaiki enam mangsa, dengan empat daripadanya disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi cedera.

“Empat mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada dua wanita warga emas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan bayi berusia sembilan bulan.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an turut cedera, manakala seorang lagi mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pasukan bomba tiba,” katanya.

**media[3688506]**

Jelas beliau kemalangan itu turut membabitkan sebuah Toyota Vios yang dinaiki seorang lelaki berusia 70 tahun dan wanita berusia 35 tahun yang dilaporkan cedera.

“Seorang lelaki yang berada dalam lori treler Scania yang diparkir di tepi jalan pula dilaporkan selamat.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan tiada mangsa yang tersepit.

“Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa serta melakukan kerja pembersihan sisa kemalangan,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.11 petang.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved