Enam anggota Paskal tersasar lokasi pendaratan ditemukan terapung di Laut China Selatan

13 Aug 2026 • 5:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam anggota Paskal tersasar lokasi pendaratan ditemukan terapung di Laut China Selatan
TLDM sentiasa memastikan keseimbangan antara aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota, demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. FOTO: facebook TLDM

KUALA LUMPUR - Enam anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) ditemukan selamat selepas tersasar daripada lokasi pendaratan ketika menjalani latihan penerjunan bebas di perairan Laut China Selatan pada Rabu. 

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan kesemua perwira elit itu ditemukan kapal TLDM selepas terapung di perairan berkenaan.

Menurut kenyataan TLDM, kegagalan mendarat di lokasi ditetapkan berpunca daripada faktor perubahan cuaca secara tiba-tiba sehingga menjejaskan jarak penglihatan penerjun.

"Ini membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik Paskal dalam mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.

"Selain kemahiran tempur, latihan intensif ini terbukti memupuk ketahanan diri yang tinggi, disiplin serta keupayaan ikhtiar hidup dalam situasi ekstrem selaras dengan slogan ‘Sentiasa yang Terbaik’,” menurut kenyataan itu.

TLDM memaklumkan pihaknya komited dalam memastikan keseimbangan antara aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota, demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved