Enam Exco baharu Negeri Sembilan angkat sumpah esok

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 8:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam Exco baharu Negeri Sembilan angkat sumpah esok

SEREMBAN: Kemelut kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan berakhir apabila Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, esok.

Perkara itu disahkan menerusi jemputan rasmi pihak istana kepada pengamal media bagi membuat liputan istiadat berkenaan yang dijadual berlangsung bermula pada pukul 9 pagi.

Istiadat itu dijangka menyaksikan pelantikan beberapa Exco baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri, sekali gus memberi petunjuk kepada perkembangan terbaharu kemelut politik yang melanda negeri ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim akan kekal menyandang jawatan berkenaan manakala seramai enam Exco bakal mengangkat sumpah esok.

“Rasanya seperti yang disebut-sebut hari itu. Iaitu ADUN Repah, Jeram Padang, Kota, Senaling, Bagan Pinang dan Gemas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti itu menyerahkan keputusan berhubung kedudukan Menteri Besar dan barisan EXCO Negeri Sembilan kepada pihak istana.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau bersama beberapa pemimpin tertinggi BN menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini, petang tadi. – UTUSAN

The post Enam Exco baharu Negeri Sembilan angkat sumpah esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved