Kemelut politik N. Sembilan makin reda? Exco baharu dijangka angkat sumpah esok

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 8:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemelut politik Negeri Sembilan dijangka memasuki fasa baharu apabila istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dijadual berlangsung di Balairong, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, esok.

Dijangka jam 9 pagi

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, istiadat yang dijadual bermula pukul 9 pagi itu dijangka menyaksikan pembentukan barisan Exco baharu, sekali gus memberi gambaran mengenai perkembangan terkini pentadbiran kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan menerusi jemputan rasmi pihak istana kepada pengamal media untuk membuat liputan istiadat berkenaan.

Image from: Kemelut politik N. Sembilan makin reda? Exco baharu dijangka angkat sumpah esok

Foto: Utusan Malaysia

Mungkin Ismail Lasim kekal sebagai MB

Dalam perkembangan sama, sumber memaklumkan Datuk Ismail Lasim akan kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, manakala beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mengangkat sumpah sebagai Exco baharu.

“Rasanya EXCO hari itu. Iaitu (antaranya) ADUN Repah, Jeram Padang, Kota, Senaling, Bagan Pinang dan Gemas,” katanya.

Sebelum ini, beberapa nama turut disebut-sebut bakal menganggotai barisan Exco baharu termasuk ADUN Pilah, S. Leza Md. Yasin; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd. Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi.

Turut disenaraikan ialah ADUN Repah daripada MCA, Koh Kim Swee serta ADUN Gemas mewakili Wawasan, Ridzuan Ahmad.

Image from: Kemelut politik N. Sembilan makin reda? Exco baharu dijangka angkat sumpah esok

Terdahulu, Ismail bersama beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, petang tadi.

Antara yang hadir ialah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Perkembangan esok dijangka menjadi perhatian bagi melihat susunan baharu barisan kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan selepas kemelut politik yang melanda negeri itu.

Sumber: Utusan Malaysia (Nor Shafiqah Mohd Ghazali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved