Enam individu direman seminggu bantu siasatan kes culik

8 Aug 2026 • 9:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam individu direman seminggu bantu siasatan kes culik
Laporan Sinar Harian mengenai kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika operasi menyelamatkan dua mangsa culik di sebuah rumah.

KUALA LUMPUR - Enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan dua warga asing di Alor Setar, Kedah kini direman tujuh hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar ketika dihubungi berkata, mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 20-an hingga 40-an yang ditahan sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Kesemuanya direman hingga 14 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan,” katanya.

Semalam, dua lelaki dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika operasi menyelamatkan dua mangsa culik di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar kira-kira 8.40 malam.

Dalam operasi itu, polis turut menyelamatkan dua mangsa culik iaitu seorang lelaki dan wanita warga asing masing-masing berusia lingkungan 70-an dan 30-an yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup serta tangan bergari.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved