Enam jam bertarung nyawa, pemandu van maut nahas tiga kenderaan

1 May 2026 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Selepas kira-kira enam jam bertarung nyawa di Hospital Ranau, Jaya (gambar kecil) yang parah dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Khamis.

RANAU - Selepas kira-kira enam jam bertarung nyawa di Hospital Ranau, seorang pemandu van yang parah dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Khamis.

Jaya Osman, 51, disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 malam ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Ranau Superintenden Mursalin Mahmud berkata, kemalangan berlaku melibatkan tiga kenderaan termasuk van dipandu mangsa.

"Pihak polis menerima laporan kemalangan tersebut pada jam 4.57 petang dan siasatan awal mendapati, van mangsa datang dari arah Telupid dan memasuki lorong bertentangan lalu menyebabkan kenderannya bertembung secara berhadapan dengan sebuah lori yang datang dari arah Ranau.

"Akibat daripada perlanggaran itu, kenderaan mangsa telah mengundur dan melanggar sebuah lagi kenderaan veloz yang berada dibelakangnya.

"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu lori dan pemandu veloz tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa mengalami kecederaan di bahagian kedua-dua kaki dan di bawa oleh ambulans ke Hospital Ranau untuk rawatan selanjutnya.

"Namun, pada 11.15 malam, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan semasa menerima rawatan di hospital tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved