Enam kes buli di sekolah dilapor di Kelantan

20 Oct 2026 • 10:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam kes buli di sekolah dilapor di Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan membuka enam kertas siasatan berhubung kes buli yang melibatkan murid dan pelajar sekolah sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, satu kes telah dituduh di mahkamah, tiga kes masih dalam siasatan manakala dua lagi kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kes buli itu berusia dalam lingkungan tujuh hingga 18 tahun.

“Kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril di Negeri Sembilan dan Allahyarham Irene Sofiya di Johor menjadi peringatan bahawa keganasan dalam kalangan golongan muda tidak boleh dipandang ringan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, justeru, semua Ketua Polis Daerah dan pegawai perhubungan sekolah perlu mengeratkan lagi kerjasama dengan pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Katanya, setiap aduan perlu diberikan perhatian dan setiap tindakan mesti dilaksanakan secara profesional dan tidak menunggu tragedi berlaku untuk bertindak.

“Kita mahu memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang selamat untuk anak-anak menimba ilmu, membina impian dan membesar tanpa ketakutan. Melindungi generasi muda hari ini bermakna kita sedang menjaga masa depan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Enam kes buli di sekolah dilapor di Kelantan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved