Enam pemain Argentina bakal digantung?

WorldFootball
4 Aug 2026 • 6:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Enam pemain Argentina bakal digantung?

LONDON: Enam pemain Argentina berisiko digantung pada Piala Dunia 2030 selepas Persekutuan Bolasepak Antarabanga (FIFA) melakukan prosiding tatatertib terhadap mereka susulan insiden selepas final Piala Dunia 2026.

La Albiceleste gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol menerusi jaringan masa tambahan Ferran Torres, sekali gus menyaksikan Sepanyol muncul juara dunia buat kali kedua.

Pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez dilayangkan kad merah akibat dua terjahan keras, namun beberapa pemain Argentina turut hilang kawalan emosi sebaik wisel penamat ditiup dan kini disiasat atas tindakan mereka selepas perlawanan.

Nahuel Molina dirakam kamera menyerang kapten Sepanyol, Rodri manakala Leandro Paredes bertindak lebih agresif apabila mengejar Eric Garcia dan Gavi.

Paredes didakwa mencekik Garcia serta menolak Gavi hingga terjatuh.

Satu lagi insiden membabitkan penolong jurulatih Argentina, Roberto Ayala yang didakwa menolak Dani Olmo ketika kekecohan berlaku.

Beberapa hari kemudian, Ayala memohon maaf sambil menegaskan tindakannya lebih kepada satu tolakan dan bukannya tumbukan, namun Olmo menolak permohonan maaf itu dan menuduh Ayala berbohong.

FIFA dalam kenyataannya memaklumkan prosiding tatatertib dibuka terhadap Molina, Paredes dan Ayala atas kemungkinan melanggar Perkara 14(1)(i) Kod Tatatertib FIFA berkaitan serangan fizikal.

Molina berdepan dua pertuduhan serangan berjaya dan cubaan, Paredes tiga pertuduhan manakala Ayala satu pertuduhan.

Selain itu, FIFA turut membuka prosiding terhadap Molina, Thiago Almada dan pemain Sepanyol, Gavi, atas kemungkinan melanggar Perkara 14(1)(b) Kod Tatatertib FIFA berkaitan kelakuan tidak bersukan.

Dalam perkembangan berasingan, FIFA turut menyiasat tindakan beberapa pemain Argentina mempamerkan sepanduk bertulis Kepulauan Falkland adalah milik Argentina selepas kemenangan ke atas England pada separuh akhir. – AGENSI/UTUSAN

The post Enam pemain Argentina bakal digantung? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved