Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan

8 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan

GERIK – Enam individu termasuk empat sekeluarga yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GGB) di Hutan Simpan Lojing, Kelantan, selamat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sebentar tadi.

Kenderaan yang membawa mereka tiba pada pukul 11 pagi dari Jeti Trojan, Tasik Temengor, selepas keenam-enam individu terbabit dibawa keluar dari Pos Kemar menggunakan bot.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Gerik untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan kesemua mangsa digerakkan selepas mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Keenam-enam individu itu dilaporkan memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lepas.

Enam individu terbabit ialah dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9. – KOSMO! ONLINE

The post Enam pendaki hilang tiba di IPD Gerik untuk rakam keterangan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved