'Istiqamah berjemaah dalam hutan' - Malim gunung terharu 4 sekeluarga hilang di Gunung Gerah tetap disiplin jaga solat

8 Sep 2026 • 1:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Istiqamah berjemaah dalam hutan' - Malim gunung terharu 4 sekeluarga hilang di Gunung Gerah tetap disiplin jaga solat

ENAM pendaki yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan yang ditemukan selamat semalam selepas dilaporkan gagal dikesan ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos telah selamat keluar dari Pos Kemar, pagi  Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, telah keluar dari Pos Kemar 8.30 pagi tadi dan tiba di Jeti Trojan, Tasik Banding pada 10.20 pagi.

Image from: 'Istiqamah berjemaah dalam hutan' - Malim gunung terharu 4 sekeluarga hilang di Gunung Gerah tetap disiplin jaga solat

Seorang malim gunung dikenali sebagai Bhoji Golok, menzahirkan kekaguman kepada empat sekeluarga yang terlibat.

Menerusi satu perkongsian tular di laman sosial Facebook, dia sempat memuat naik foto bersama empat sekeluarga berkenaan semasa mendaki.

"Salah satu kekaguman aku pada mereka empat beranak, mereka tetap istiqamah solat berjamaah dalam hutan rimba," titipnya. 

Image from: 'Istiqamah berjemaah dalam hutan' - Malim gunung terharu 4 sekeluarga hilang di Gunung Gerah tetap disiplin jaga solat

Warganet turut menzahirkan rasa kagum dan kesyukuran di ruangan komen.

"Mengejar pahala berjemaah,  Alhamdulillah."

"Apabila didikan tentang akhirat diutamakan, insya-ALLAH anak-anak pun menjadi manusia yang sayang kepada agama. Semoga anak2 terus istiqamah."

"Berjemaahlah walaupun berdua, banyak ganjarannya," ujarnya.

Image from: 'Istiqamah berjemaah dalam hutan' - Malim gunung terharu 4 sekeluarga hilang di Gunung Gerah tetap disiplin jaga solat

Dalam hantaran tular berlainan, dia berkongsi pendakian trek pergunungan itu mencabar membuatkan perjalanan tertunda.

"Delay tiga hari normal sahaja bagi trip triple hardcore ini. Syukur Ya ALLAH, semua selamat, ALLAH lindungi mereka dan mempermudahkan urusan kami. Terima kasih pada semua yang doakan," titipnya.

Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos, selepas dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan, iaitu 3 Sept dan ahli keluarga membuat laporan polis pada Ahad.

Sumber: Facebook, Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved