[KEMASKINI] 21 penumpang feri cedera setakat ini

2 Sep 2026 • 12:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] 21 penumpang feri cedera setakat ini

SEBERANG PERAI – Seramai 21 penumpang feri dilaporkan cedera dalam insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya di had perairan Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth di sini, malam tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika kapal MV Mekar Jaya sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), kira-kira pukul 8.40 malam.

“Insiden pelanggaran berlaku ketika feri berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

“Setakat maklumat awal yang diterima, seramai 21 orang dilaporkan cedera dan kesemua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di sini.

Beliau memberitahu, tiada lagi mangsa berada di PSAH selepas kesemua penumpang yang tercedera dibawa mendapatkan rawatan.

Jelasnya, operasi perkhidmatan feri dilaporkan berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan insiden tersebut.

“SPPP bersama-sama Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan yang diperlukan dapat dilaksanakan berkaitan penumpang terlibat serta keselamatan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post [KEMASKINI] 21 penumpang feri cedera setakat ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved