
Enea Bastianini akan menyertai SuperFile Trackhouse MotoGP Team bagi musim 2027, dengan kontrak awal selama dua tahun. Pelumba Itali berusia 28 tahun itu akan bergandingan dengan Raul Fernandez, yang telah melanjutkan kontraknya bersama pasukan sehingga 2028.
Bastianini, membawa pengalaman luas serta rekod kemenangan dalam MotoGP. Beliau pernah menamatkan musim 2022 di tempat ketiga keseluruhan selepas meraih empat kemenangan, manakala pada 2024 beliau mengumpul sembilan podium dan menamatkan kejuaraan di kedudukan keempat.
Dikenali dengan gelaran “The Beast”, Bastianini akan membantu Trackhouse membangunkan jentera Aprilia RS-GP ketika MotoGP memasuki era baharu pada 2027 dengan perubahan besar melibatkan motosikal, tayar dan peraturan.
Bastianini dijangka memulakan persiapannya bersama pasukan dalam ujian pramusim di Valencia selepas tamat musim 2026.
The post Enea Bastianini Sertai Trackhouse MotoGP Bermula 2027 appeared first on TW Media.


