Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha

LocalEntertainment
21 Aug 2026 • 11:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha

PETALING JAYA – Seolah-olah memberi bayangan dirinya terganggu pertanyaan orang, pelakon Aqasha menegaskan tugasnya dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM) adalah menghayati watak Hang Tuah dengan memastikan dialog dihafal sebaik mungkin, bukan menguruskan hal penjualan tiket.

Aqasha atau nama sebenarnya, Akassya Rosli, 43, berkata, dia menghargai sokongan ramai terutama yang mengikuti perkembangan PGLM, namun mengakui tidak mengetahui secara terperinci berkenaan proses di bahagian lain.

“Terus terang cakap, Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket. Saya memang haram tak tahu pasal proses penjualan tiket.

“Yang saya tahu, hafal dialog sahaja. Saya risau tengah hafal dialog, tiba-tiba senarai harga tiket pula yang keluar,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurutnya lagi, perkara yang menjadi fokusnya adalah persiapan watak serta menghafal dialog bagi memastikan tanggungjawab sebagai penggalas karakter utama dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya lagi, urusan berkaitan tiket bukan bidang yang diketahuinya dan peminat wajar mendapatkan maklumat daripada pihak yang mengendalikan perkara berkenaan.

“Sebab itu saya fokus hafal dialog sahaja. Bab tiket, saya memang tak tahu,” ujarnya.

Difahamkan, hantaran dibuat susulan ramai bertanyakan mengenai caj masuk bagi mengikuti pementasan yang dijadualkan berlangsung di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square, Petaling Jaya pada 31 Oktober hingga 15 November ini.

Selain Aqasha, produksi mega yang dipentaskan semula selepas dua dekad itu turut dibarisi Mila Mohsin, Aisha Retno, Mimy Fly, Nadia Aqilah dan Luqman Hafiz. – KOSMO! ONLINE

The post Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved