Enggan bayar denda hilang kad pengenalan, jurujual buat laporan polis palsu

LocalPolitics
14 Nov 2024 • 8:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang jurujual berusia 25 tahun ditahan selepas membuat laporan polis palsu mengatakan disamun. Gambar hiasan

SUBANG JAYA - Gara-gara enggan membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang jurujual berusia 25 tahun ditahan selepas membuat laporan polis palsu mengatakan disamun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian samun seperti didakwa lelaki tempatan itu didapati tidak berlaku selepas soal siasat dilakukan terhadapnya apabila dia membuat laporan polis.

"Suspek mendakwa semasa berjalan kaki di Jalan USJ 14/1D Subang Jaya pada kira-kira jam 1 pagi semalam, dua lelaki menaiki motosikal menyamunnya menggunakan pisau menyebabkan kerugian anggaran RM200,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Shah Alam esok.

"Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana ia kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved