EPL: Alonso lulus ujian pertama

FootballSports
26 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Alonso lulus ujian pertama

LONDON – Chelsea memulakan era baharu di bawah kendalian Xabi Alonso dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 3-2 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, jentera serangan tiga serangkai The Blues, Joao Pedro, Morgan Rogers dan Cole Palmer menjadi senjata utama apabila masing-masing meledak satu gol, manakala gol Fulham dijaringkan Josh King dan Gonzalo Garcia.

Alonso menyuarakan rasa gembira dengan kemenangan itu selain berpuas hati dengan sumbangan jentera serangan Chelsea yang banyak menggerakkan serangan bagi mengancam pintu gol pasukan tuan rumah.

“Pada perlawanan hari ini (semalam), kami sangat berbahaya ketika melakukan serangan. Bagi saya, tiga penyerang kami membentuk kombinasi yang sangat baik selain mencipta banyak peluang menjaringkan gol.

“Secara keseluruhan, skuad ini dilihat cukup seimbang. Pemain-pemain terbaik memerlukan kebebasan, tetapi mereka tidak meninggalkan tanggungjawab untuk membantu rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau juga enggan menyalahkan penjaga gol Robert Sanchez atas dua jaringan yang dilepaskan kerana menganggap mana-mana pemain akan berdepan situasi di mana mereka bermain kurang baik.

“Ia satu perlawanan yang sangat sukar. Kami terpaksa berdepan aksi mencabar tetapi semua pemain sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, jadi saya enggan menyalahkan sesiapa,” ujar Alonso. – AGENSI

The post EPL: Alonso lulus ujian pertama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved