Delap mahu kekal di EPL

FootballSports
17 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Delap mahu kekal di EPL

LONDON – Penyerang Chelsea, Liam Delap dilaporkan mahu kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya meninggalkan Stamford Bridge pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 23 tahun itu semakin hampir menuju pintu keluar selepas bergelut mendapatkan tempat dalam perancangan pengendali Chelsea, Xabi Alonso susulan persaingan sengit di bahagian serangan.

Everton, Nottingham Forest dan Newcastle United antara kelab EPL yang dikaitkan dengan Delap sejak beberapa minggu lalu, manakala Fiorentina dan Como turut berminat mendapatkan khidmat penyerang England tersebut.

Bagaimanapun, Delap dikatakan lebih mengutamakan perpindahan ke kelab EPL bagi meneruskan kariernya di England, sekali gus membuka ruang kepada Newcastle dan Forest untuk mengemukakan tawaran sebelum jendela perpindahan ditutup.

Delap sebelum ini mencuri perhatian ketika bersama Ipswich Town apabila meledak 12 gol dalam 37 penampilan EPL, namun gagal meneruskan ketajaman itu selepas berhijrah ke Chelsea.

Musim lalu, dia hanya merekodkan tiga gol dan empat bantuan jaringan bersama The Blues, sekali gus menyukarkan peluangnya untuk menjadi pilihan utama di bahagian serangan.

Chelsea yang mendapatkan Delap selepas mengaktifkan klausa pelepasan £30 juta (RM165 juta) ketika di Ipswich kini dilaporkan meletakkan tanda harga sekitar £40 juta (RM221 juta) untuk melepaskan anak kepada bekas pemain EPL, Rory Delap itu.

Selain pilihan kekal di England, Fiorentina dan Como masih memantau situasinya dengan kemungkinan perpindahan secara pinjaman turut menjadi pilihan sekiranya tiada kelab sanggup memenuhi tuntutan Chelsea. – AGENSI

The post Delap mahu kekal di EPL appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved