EPL: Bilik persalinan United masih kekal harmoni

FootballSports
18 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Bilik persalinan United masih kekal harmoni

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick menjelaskan, situasi dalam pasukan itu masih tenang biarpun ada dakwaan ia sedang bergolak menje­lang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Elland Road malam ini.

Skuad The Red Devils dianggap sedang berada dalam keada­an sukar apabila gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir sehingga timbul spekulasi Carrick mungkin tidak kekal lama di Old Trafford.

Bagaimanapun, bekas pemain England itu menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan, bilik persalinan United masih berada dalam keadaan harmoni dan semua pemain menaruh sepenuh kepercayaan terhadap beliau.

“Saya tahu ramai orang yang sedang bercakap mengenai pasukan ini, tidak kira sama ada bekas pemain ataupun tidak. Walaupun mereka banyak buka mulut dan bercakap, tidak semestinya mereka tahu apa yang sedang berlaku.

“Semua pemain masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya. Saya akan beritahu anda perkara sebenar, pasukan berada dalam keadaan cukup baik dan mereka sentiasa be­kerja keras ketika sesi latihan,” katanya.

Terdahulu, masa depan Carrick boleh dianggap seperti telur di hujung tanduk apabila terus kempunan untuk mencatat kemenangan, termasuk ketika tewas 0-2 kepada Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Rabu lalu.

Sementara itu, Carrick turut menggesa barisan pemainnya supaya mempamerkan aksi lebih baik ketika bertemu Leeds, lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan dianggap sebagai musuh tradisi dalam Liga Perdana.

“Perseteruan antara kedua-dua pasukan memang sudah menjadi tradisi dan ia membuatkan perlawanan lebih menarik. Saya harap pemain-pemain sedar bahawa perlawanan ini sangat penting untuk pasukan,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: Bilik persalinan United masih kekal harmoni appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved