
THESSALONIKI – Rentak kemenangan diraih Jurgen Klopp bersama Jerman terganggu selepas mereka sekali lagi gagal meraih mata penuh selepas sekadar terikat tanpa jaringan menentang Greece pada aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi semalam.
Awal pagi Jumaat lalu, Klopp menikmati kemenangan pertama ketika Jerman menewaskan Serbia 2-0 selepas dan hanya mengumpul lima mata dalam empat perlawanan termasuk berdepan satu kekalahan.
Bagaimanapun, mantan pengurus Liverpool itu berasa bangga dengan skuad sedia ada yang kini dalam fasa peralihan untuk melengkapkan misinya meletakkan semula Jerman sebagai pasukan elit.
“Saya sangat berpuas hati kerana saya tahu di mana kami bermula. Saya sangat kagum dengan pasukan ini, tiada rasa kecewa sebaliknya saya agak terkejut dengan persembahan pemain.
“Saya tidak percaya yang kami mampu bermain seperti itu (bagus) pada separuh masa pertama. Kami beraksi baik dalam pelbagai aspek kecuali untuk mengubah peluang menjadi jaringan,” katanya.
Bagaimanapun, keputusan seri kali ini meningkatkan rasa gusar dalam kalangan peminat kerana Jerman dianggap belum menemui prestasi yang benar-benar cemerlang selepas mengharungi empat perlawanan.
“Kami baharu bermain tiga hari yang lepas dan pastinya sukar untuk mengekalkan rentak sepanjang 90 minit ketika menentang lawan hebat seperti Greece,” katanya. – AGENSI
The post UNL: Klopp belum temui ramuan terbaik appeared first on Kosmo Online.






