Carrick masih selamat di Old Trafford

Football
2 Oct 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Carrick masih selamat di Old Trafford

MANCHESTER: Michael Carrick dilaporkan masih mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan para pemain Manchester United untuk terus mengendalikan pasukan itu.

Keputusan seri 1-1 menentang Fulham sebelum rehat antarabangsa menyaksikan United mencatat permulaan musim terburuk dan perlu bangkit menentang Tottenham di laman sendiri pada 10 Oktober ini.

Pertembungan di Old Trafford itu merupakan peluang besar buat United untuk menghidupkan semula kempen mereka ketika memasuki tempoh yang amat penting.

Perunding perpindahan, Fabrizio Romano menegaskan bahawa tiada perubahan berlaku berhubung masa depan Carrick di Old Trafford dalam masa terdekat ini.

“United tidak melakukan rundingan atau perbualan dengan mana-mana jurulatih atau wakil mereka. Jadi, buat masa ini semuanya benar-benar senyap dan keadaan ini akan kekal begitu untuk beberapa minggu dan bulan akan datang.

“Namun, sudah tentu, kita berada dalam dunia bola sepak yang berasaskan keputusan. Keputusan sentiasa penting, tetapi United mengekalkan keyakinan mereka terhadap Michael Carrick,” kata Romano.

Walaupun permulaan musim mereka kurang memberangsangkan, Romano mendakwa bahawa pihak pengurusan United kekal yakin terhadap Carrick buat masa ini.

“Sedikit masa lagi, Carlos Baleba akan mula beraksi. Perubahan besar dijangka berlaku dalam pasukan khususnya di bahagian tengah, Carrick pernah beraksi di situ, dia tahu cara untuk mengatasinya.

“Bahagian tengah pasukan telah dirombak pada musim panas, jadi apabila anda membawa masuk tiga pemain baharu di posisi penting seperti bahagian tengah, anda memerlukan sedikit masa untuk membentuk keserasian,” ujarnya. – AGENSI/UTUSAN

The post Carrick masih selamat di Old Trafford appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved